Assalamualaikum, segala Peringatan Kiamat adalah koleksi tentang hadis/kata-kata hikmah juga artikel berkaitan hari Kiamat. Setakat ini, ini sahaja yang saya telah kumpulkan. Sekiranya ada update tentang Hari Kiamat akan saya update kemudian. Saya juga mendirikan page untuk berkongsi kata-kata hikmah, hadis, tafsir Al-Quran yang fokus kepada Ilahi dan Rasulullah SAW a.k.a dakwah islamiah. Semoga page ini akan memberi manfaat kepada anda dan saling memperingat antara satu sama lain. Wallahu alam.
Showing posts with label Peringatan Mati. Show all posts
Showing posts with label Peringatan Mati. Show all posts

Siksaan Kubur Dan Alam Kubur



Firman Allah s.w.t. (Yang bermaksud) “Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur).” - AkuIslam

Kemudian seorang lelaki dari sahabat Ansar berkata, "Siapakah orang yang paling pandai dan mulia wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan gigih bersiap untuknya. Mereka orang yang pandai. Pergi dengan kemuliaan dunia dan keagungan Akhirat." - Kitab Mukashafah Al-Qulub

Dari Hassan , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Ingatlah maut,kepedihan dan sakitnya" Beliau bersabda : " Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang."
Pernah Rasulullah s.a.w ditanya tentang maut dan kedasyatannya. Beliau menjawab :
" Sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing litu terlepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya"
Pernah Rasulullah s.a.w melawat orang sakit dan berkata " Aku tahu, bahawa keringat yang keluar darinya adalah sakitnya ketajaman maut!"

Contoh Dialog Soalan Dalam Kubur (CONTOH SAHAJA)

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.

Sunnah Mengandungi Bukti Dalam Penjelasan Hukuman Kubur

 
  • Diceritakan Ibn 'Abbas: Rasulullah melalui dua kubur dan berkata, "Kedua-dua mereka (orang yang dalam kubur) diseksa, dan mereka tidak diseksa oleh kerana dosa besar. Yang ini tidak digunakan untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi dilumpuri dengan kencingnya, dan yang satu lagi pernah membuat fitnah (di kalangan orang untuk membangkitkan permusuhan, misal kata, seorang pergi kepada seorang dan memberitahunya bahawa sebarang orang berkata tentangnya pasal sebarang perkara-pekara buruk). Nabi kemudian menanyakan daun hijau sebatang pokok kurma, membelahnya ke dalam dua bahagian dan menanam satu di tiap kubur dan berkata, "Ia diharapkan bahawa hukuman mereka boleh reda hingga kedua-dua keping daun berkeringan."[5] 

Iman Penentu Jawapan Soalan Kubur


Mega: Bagaimanakah gambaran nikmat dan seksaan di alam barzakh?
DR. MUSA: Banyak nas al-Quran dan hadis menerangkan hal ini.
Antaranya adalah firman Allah yang bermaksud: Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang yang benar?
Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang Muqarrabiin. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.
Dan jika ia dari puak kanan. Maka (dikatakan kepadanya): Selamat sejahteralah kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak. Serta bakaran api neraka. (al-Waaqiah: 87-94)

Malam Pertama Di Alam Barzakh


Oleh : Amru Alhaz Bin Adnan

Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:

Soalan Di Dalam Kubur


Hadith:

DARI Asma' r.a katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, "Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?"

Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?)

"Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah!" Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening).
Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.

Kata ˜Asma selanjutnya, "Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: "Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah ku saksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka.

Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: "Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?"

Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: "Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi."

Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: "Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak."

Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: "Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu ku ucapkan pula."

Riwayat Muslim

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kredit: MStar