Assalamualaikum, segala Peringatan Kiamat adalah koleksi tentang hadis/kata-kata hikmah juga artikel berkaitan hari Kiamat. Setakat ini, ini sahaja yang saya telah kumpulkan. Sekiranya ada update tentang Hari Kiamat akan saya update kemudian. Saya juga mendirikan page untuk berkongsi kata-kata hikmah, hadis, tafsir Al-Quran yang fokus kepada Ilahi dan Rasulullah SAW a.k.a dakwah islamiah. Semoga page ini akan memberi manfaat kepada anda dan saling memperingat antara satu sama lain. Wallahu alam.

Kisah Sebelum Terjadinya Hari Kiamat

 
Diambil daripada Syahirul.com

Pasti ada antara korang yang dah pernah baca entri tentang kiamat ni kan? Ya, ia pernah diposkan dalam weblog lama aku iaitu killvearn.com dan kali ini aku nak repost kembali kerana entri itu aku amat sayang dan berguna untuk disebarkan kepada umum.

Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.

Siksaan Kubur Dan Alam Kubur



Firman Allah s.w.t. (Yang bermaksud) “Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur).” - AkuIslam

Kemudian seorang lelaki dari sahabat Ansar berkata, "Siapakah orang yang paling pandai dan mulia wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan gigih bersiap untuknya. Mereka orang yang pandai. Pergi dengan kemuliaan dunia dan keagungan Akhirat." - Kitab Mukashafah Al-Qulub

Dari Hassan , bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Ingatlah maut,kepedihan dan sakitnya" Beliau bersabda : " Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang."
Pernah Rasulullah s.a.w ditanya tentang maut dan kedasyatannya. Beliau menjawab :
" Sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing litu terlepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya"
Pernah Rasulullah s.a.w melawat orang sakit dan berkata " Aku tahu, bahawa keringat yang keluar darinya adalah sakitnya ketajaman maut!"

Gambaran Hari Kiamat



GAMBARAN HARI KIAMAT
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT). Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Kredit: Amy Adria

Contoh Dialog Soalan Dalam Kubur (CONTOH SAHAJA)

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.

Sunnah Mengandungi Bukti Dalam Penjelasan Hukuman Kubur

 
  • Diceritakan Ibn 'Abbas: Rasulullah melalui dua kubur dan berkata, "Kedua-dua mereka (orang yang dalam kubur) diseksa, dan mereka tidak diseksa oleh kerana dosa besar. Yang ini tidak digunakan untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi dilumpuri dengan kencingnya, dan yang satu lagi pernah membuat fitnah (di kalangan orang untuk membangkitkan permusuhan, misal kata, seorang pergi kepada seorang dan memberitahunya bahawa sebarang orang berkata tentangnya pasal sebarang perkara-pekara buruk). Nabi kemudian menanyakan daun hijau sebatang pokok kurma, membelahnya ke dalam dua bahagian dan menanam satu di tiap kubur dan berkata, "Ia diharapkan bahawa hukuman mereka boleh reda hingga kedua-dua keping daun berkeringan."[5] 

Iman Penentu Jawapan Soalan Kubur


Mega: Bagaimanakah gambaran nikmat dan seksaan di alam barzakh?
DR. MUSA: Banyak nas al-Quran dan hadis menerangkan hal ini.
Antaranya adalah firman Allah yang bermaksud: Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang yang benar?
Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang Muqarrabiin. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.
Dan jika ia dari puak kanan. Maka (dikatakan kepadanya): Selamat sejahteralah kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak. Serta bakaran api neraka. (al-Waaqiah: 87-94)

Malam Pertama Di Alam Barzakh


Oleh : Amru Alhaz Bin Adnan

Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:

Soalan Di Dalam Kubur


Hadith:

DARI Asma' r.a katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, "Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?"

Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?)

"Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah!" Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening).
Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.

Kata ˜Asma selanjutnya, "Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: "Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah ku saksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka.

Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: "Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?"

Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: "Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi."

Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: "Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak."

Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: "Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu ku ucapkan pula."

Riwayat Muslim

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kredit: MStar

Rindukan Rasulullah SAW

Dalam kehampiran, dekatnya kita dengan hari kiamat, ayuhlah kita sentiasa memperingat diri tentang Rasulullah SAW yang akan memberi syafaat di akhirat kelak..semoga jiwamu lembut menangisi krn merindui Rasulullah apabila menonton video ini..itulah tandanya kau cintakan Rasulullah. byk2kanlah selawatmu ke atas baginda, moga peroleh syafaat di akhirat sana.



Cara-cara Berdoa Agar Doa Diterima Dan Terijabah



Marilah kita dengan cara-cara yang ditentukan Allah dan rasul-Nya agar doa kita terijabah dan diterima. 



Kita rupanya masih berdoa dengan cara kita sendiri, kita masih banyak berbuat maksiyat daripada mematuhi perintah Allah dan rasul-Nya.

Mengabulkan adalah hak mutlak Allah semata, agar permohonan dikabulkan, mohonlah dengan cara yang Allah tentukan.


Bersahabatlah Dengan Pecinta Akhirat

"Jika engkau berteman dgn para pecinta dunia, mrk akan menyeretmu utk mencintai dunia. Jika engkau berteman dgn para pecinta Akhirat, maka mereka akan membawamu untuk mencintai Allah. Seseorang akan dikumpulkan sesuai dengan agama temannya, oleh karena itu, setiap orang dari kalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman.

****************************************


"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul." Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab (ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur'an ketika Al Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan adalah setan itu tidak mau menolong manusia. Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan". (QS. Al-Furqon: 27-30)

Kata-Kata Hikmah

  • Dr Yusuf al Qardhawi berkata: ”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

Tanda-Tanda Kiamat Di Masjidil Haram


"Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlomba-lomba dengan bangunan-bangunan yang megah. " (HR. Bukhari)
Liputan Lengkap Dari Masjidil Haram
Assalamualaikum, sahabat yang dicintai Allah. Ana (saya) punya sajian mengejutkan yang insya Allah akan menghangatkan jiwa kita.
Sebelumnya, izinkan ana membawa antum bertamasya diutopia dunia khayal tingkat tinggi yang satu persatu telah terbukti ini, di sisi lain menakjubkan dan di sisi lain menakutkan. Bagi orang beriman tentunya ini adalah hal yang sangat menggetarkan hati dan akan menambah keimanan dan rasa takut dan tunduk terhadap AllahSubhanahuwwatala.