Assalamualaikum, segala Peringatan Kiamat adalah koleksi tentang hadis/kata-kata hikmah juga artikel berkaitan hari Kiamat. Setakat ini, ini sahaja yang saya telah kumpulkan. Sekiranya ada update tentang Hari Kiamat akan saya update kemudian. Saya juga mendirikan page untuk berkongsi kata-kata hikmah, hadis, tafsir Al-Quran yang fokus kepada Ilahi dan Rasulullah SAW a.k.a dakwah islamiah. Semoga page ini akan memberi manfaat kepada anda dan saling memperingat antara satu sama lain. Wallahu alam.

Kata-Kata Hikmah

  • Dr Yusuf al Qardhawi berkata: ”sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

  • HARI AKHIRAT adalah HARI PENYESALAN, hari dibukanya semua aib(QS86:9),hari semua perbuatan dihisab & dibalas(QS99:7-8).Rasulullah bersabda,"Hari itu adalah hari kemenangan bg org2 yg dizholimi & hari celaka bg si pembuat zholim". Hari Kemenangan Marsinah, Munir, para Syuhada Gaza, org2 jujur, rakyat yg hartanya dikorup, istri yg dihianati...ALLAHU AKBAR,TDK ADA YG TDK DIBALAS,sungguh MAHA ADIL ALLAH, shabatku..


  • Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. - Imam Syafie

  • Dari Al Bara’ bin Azib r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila engkau hendak tidur, maka berwudhuklah terlebih dahulu seperti wudhukmu untuk solat. Kemudian berbaringlah atas rusukmu yang kanan, kemudian berdoa : (Terjemahan : Ya Allah, Aku tundukkan wajahku di hadapan-Mu. Ku serahkan segala urusanku kepada-Mu. Ku serahkan diriku kepada-Mu dengan penuh harap (akan pahala-Mu) dan takut akan siksa-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat melepaskan diri melainkan kepada-Mu jua. Aku iman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan dengan Nabi-Mu yang diutus).

    Dan jangan berkata-kata lagi sesudah itu. Jika engkau mati malam itu, maka engkau mati dalam keadaan fitrah (suci). [2332]

  •  
    Rasulullah SAW bersabda:
    "Wahai Abu Hurairah, inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati, dikuburkan dan dibangkitkan?" Bangunlah di tengah malam dan solatlah! Bukankah engkau inginkan redha Tuhanmu, wahai Abu Hurairah? Solatlah di sudut rumahmu, maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni bumi.

    Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar: "Bila engkau hendak pergi perlukah engkau bawa bekalan?" Abu Zar menjawab: "Ya." Beliau bersabda: "Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah kau ingin, wahai Abu Zar, aku ceritakan sesuatu yang bermanfaat bagimu pada hari itu?" Abu Zar menjawab: "Ya." Rasulullah SAW bersabda:
    "Puasalah di hari yang amat panas untuk hari kebangkitan. Solatlah dua rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal-hal yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin, atau dengan kalimat benar yang engkau katakan, atau pula dengan tidak mengatakan kalimat buruk"

    Kitab Mukashafah Al-Qulub: Imam Al-Ghazali

No comments:

Post a Comment